Medical Card Individu dan Syarikat. Insurans Kereta, Travel, Kebakaran! Whatsapp 0134555888 sekarang!

Insurans Travel Terbaik


Insurans Travel Terbaik

Insurans Travel Terbaik
Insurans Travel Terbaik

Adakah anda mencari cari insurans untuk travel jika anda melancong, urusan kerja dan lain lain?
Ya, anda di tempat yang betul. Anda memang sebelum ini ada melancong tapi tidak mengambil insurans travel dan sekarang anda dah ada kesedaran kepentingan insurans travel di luar negara? Baik, ramai yang tidak peduli kerana yakin pihak konsulat Malaysia di luar negara boleh menguruskan kebajikan kita. Benar, tapi ia tidaklah tepat 100%. Ada beberapa perkara yang tidak semua boleh dibantu, terutamanya kes kes berkaitan kesihatan, perubatan, pengkebumian kembali ke tanahair dan lain lain.

Pernah anda dengar berita ini?

Bapa diserang angin ahmar di Lapangan Terbang Heathrow ketika melawat anak graduasi di London, Julai 2016 = Berita lanjut di <SINI>

Mari kita bersedia, walaupun hanya sekejap diluar negara, sebenarnya kita dah terputus hubungan bantuan dengan sanak saudara dan majikan di Malaysia.

Berapa kos insurans travel ni? Cuma = RM350 Pelan paling mahal (Setahun ye! bahagi 12 bulan baru RM29.20 )....ala murah je...ingat ribu ribu tadi. 

Jadi apa pendapat anda? Berkira nak cover keselamatan diri sendiri atas perkara tak diduga?

Ada yang kata, saya dah ada medical card, apa nak risau....

Jawapan = Baik, cuma check polisi anda, berapa RM di cover bil sehari dan Pay and Claim kan? (kene pakai credit card dulu la jawabnya)

Tahukah anda, bil hospital luar negara sangat mahal. Adakah limit credit card anda cukup? Tahukah juga, kalau nak bawa anda kembali (samada hidup atau telah mati), kosnya memakan ratusan ribu riggit! Ya, itulah realitinya....jika anda baca link berita di atas, anda akan faham betapa rumitnya jika ditimpa kemalangan dan ingin kembali ke Malaysia bukannya sesuatu yang mudah.

Dapatkan insurans travel sebelum anda keluar negara.

Kelebihan Insurans Travel ini:

1- Ianya Takaful Islamik (jangan pilih konvensional kerana bukan darurat pun)
2- Harga murah dan berpatutan
3- Coverage tinggi dan menarik
4- Apply mudah. Isi borang, bayar dan dapatkan salinan sijil secara digital dalam emel.
5- Ini adalah pelan kemalangan peribadi perjalanan tahunan yang melindungi jumlah
perjalanan yang tidak terhad dalam satu tahun, tertakluk kepada maksimum 100 hari
bagi setiap perjalanan.

6- No telefon 24 Jam +603 – 2118 3323 . Ya, support 24 jam!

Berminat apply? Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888

Kelebihan utama Pelan Takaful MyTravel Partner:



  • Perlindungan tahunan – jumlah perjalanan yang tidak terhad
  • Melindungi perjalanan atas urusan rasmi atau percutian
  • Had umur maksimum sehingga 79 tahun
  • Talian bantuan kecemasan 24-jam
  • Tiada lebihan akan dikenakan ke atas tuntutan
  • Manfaat Kemalangan Diri sehingga RM300,000
  • Manfaat perubatan dan manfaat lain yang berkaitan sehingga RM300,000
  • Tiada had bagi manfaat pemindahan kecemasan dan penghantaran pulang
  • Perlindungan tambahan bagi gangguan perjalanan dan manfaat perjalanan lain yang berkaitan
  • Perkhidmatan bantuan perjalanan*
  • Manfaat Badal Haji, perlindungan peralatan golf dan banyak lagi


  • Anda juga boleh mendapatkan khidmat bantuan melalui Support telefon 24 jam +603 – 2118 3323 kami:

    Keperluan Visa, Pasport dan Inokulasi =
    Maklumat mengenai keperluan vis, inokula​si, pasport atau imunisasi di negara asing.

    Maklumat Penerbangan = Maklumat mengenai jadual penerbangan.

    Maklumat Cuaca Dunia dan Pertukaran Mata Wang Asing = Maklumat mengenai keadaan cuaca di negara asing serta pertukaran mata wang asing.

    Bantuan Kehilangan Bagasi dan Pasport = Butiran seperti nama dan nombor telefon orang atau pihak yang berkenaan untuk bantuan sekiranya berlaku kehilangan bagasi atau pasport.

    Perundingan Tele-Perubatan = Nasihat perubatan melalui telefon dimana nasihat tersebut diberikan atas dasar rujukan dan tidak boleh ditafsirkan sebagai diagnosis.

    Perkhidmatan Amaran Peristiwa Dunia = Nasihat pra-perjalanan bagi destinasi perjalanan

    Perkhidmatan Kedutaan = Bantuan seperti tunjuk arah ke kedutaan, mendapatkan penggantian dokumen perjalanan dan rujukan undang-undang.

    Rujukan Kecemasan Penterjemah = Butiran penterjemah di seluruh dunia seperti nama, alamat dan nombor telefon sekiranya ahli memerlukan bantuan untuk perkara kecemasan.


    Sumbangan Tahunan (RM)
    Kawasan Anda Melancong
    Pelan 1
    Pelan 2
    Pelan 3
    Kawasan 1
    Australia, Brunei, Kemboja, China, Hong Kong,
    Macau, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos,
    Maldives, Myanmar (Burma), New Zealand, Pakistan,
    Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan
    Vietnam.
    240
    200
    185
    Kawasan 2
    Eropah, Tibet, Nepal dan Mongolia dan negara
    negara yang tersenarai di dalam Kawasan 1.
    285
    240
    220
    Kawasan 3
    Seluruh dunia dan negara-negara yang tersenarai di
    dalam Kawasan 1 dan 2 kecuali Malaysia, Afghanistan,
    Belarus, Cuba, Republik Demokratik Congo, Iran,
    Iraq, Israel, Liberia, Korea Utara, Somalia, Sudan,
    Syria dan Zimbawe.
    350
    290
    280
     
     
     
     
    Contoh;

    En Ahmad nak Travel ke London, berapa perlu dibayar?

    Lihat, London tidak berada dalam Kawasan 1 dan Kawasan 2, maka di berada dalam Kawasan 3. En Ahmad mahukan Pelan Insurans Travel terbaik dan tak mahu fikir tentang kekurangan pelan pelan ini. Jadi beliau perlu pilih Pelan 1 + Kawasan 3 iaitu = RM350

    Ya, hanya isi borang dan buat pembayaran RM350. Anda dilindungi dalam tempoh setahun dari tarikh polisi bermula. Bukan setakat sesi travel London itu sahaja, malah sesi travel yang lain juga. Terbaikkkk.....



    Berminat apply? Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888


    FAQ Insurans Travel:

    S1: Siapakah yang layak memohon?
    J1: Semua rakyat Malaysia, pemastautin tetap Malaysia dan/atau pemegang pas pekerjaan
    dan/atau permit kerja Malaysia yang berlepas dari Malaysia untuk perjalanan atas urusan
    rasmi atau riadah.
    S2: Apakah tempoh maksimum perlindungan?
    J2: Pelan ini melindungi jumlah perjalanan tanpa had dalam setahun; tertakluk kepada
    maksimum sebanyak 100 hari berturut-turut bagi setiap perjalanan.
    S3: Apakah pengecualian-pengecualian di bawah pelan ini?
    J3: Diantara perkara-perkara yang tidak dilindungi adalah:
    • Keadaan yang sedia ada;
    • Perjalanan yang dibuat bertentangan dengan nasihat perubatan atau apabila tujuan
    perjalanan adalah untuk mendapatkan sebarang bentuk rawatan perubatan, rundingan
    atau khidmat nasihat;
    • Sukan profesional atau berbahaya atau apa-apa jenis perlumbaan selain daripada
    yang menggunakan kaki.
    Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada sijil anda untuk senarai
    pengecualian penuh bagi pelan ini.
    S4: Apa yang perlu saya buat sekiranya syarikat penerbangan menghilangkan bagasi
    saya?
    J4: Anda perlu mengemukakan laporan dengan syarikat penerbangan dan mendapatkan
    pampasan daripada mereka. Jika tiada pampasan yang diberikan oleh syarikat
    penerbangan, anda boleh memfailkan tuntutan anda dengan kami.
    S5: Siapakah yang perlu saya hubungi untuk bantuan kecemasan sekiranya saya
    memerlukan pemindahan kecemasan atau penghantaran pulang?
    J5: Sila hubungi talian bantuan myTravel Partner 24-jam di +603 – 2118 3323. Pembekal
    perkhidmatan kami akan membuat persiapan yang diperlukan untuk anda.
    S6: Bagaimanakah caranya untuk saya membuat tuntutan?
    J6: Sila maklumkan kepada Takaful Malaysia dengan serta-merta dan sediakan dokumen dokumen tuntutan yang diperlukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas pulang
    ke Malaysia. Anda boleh muat turun borang tuntutan daripada laman web www.takafulmalaysia.com.my




    Ingin tahu details apa coverage?
    Download Brochure <SINI>

    Berminat apply? Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888







    Teruskan Membaca

    Soalan FAQ Medical Card Takaful Terbaik

    Soalan FAQ Medical Card Takaful Terbaik

    Berikut adalah soalan soalan lazim berkaitan dengan medical card terbaik ni. Ia juga akan menjadi rujukan untuk terma terma berkaitan coverage anda. Sila fahami betul betul.

    Soal Jawab Takaful Malaysia Medical Card
    Soal Jawab Takaful Malaysia Medical Card


    S1: Bagaimana caranya bagi saya mendaftarkan para pekerja untuk Takaful mySME Partner?

    Anda mesti melengkapkan Borang Permohonan dan Perakuan (Borang A) dan Borang Pendaftaran/Pertukaran (Borang B).
    Bagi manfaat hayat bertempoh, pekerja dikehendaki untuk melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C) dalam mana-mana keadaan berikut:
    (1) Bilangan pekerja sama atau kurang dari 10 pekerja; atau
    (2) Pekerja di mana jumlah perlindungan melebihi RM150,000
    Bagi manfaat perubatan, semua pekerja dikehendaki untuk melengkapkan Borang C untuk syarikat dengan 10 pekerja atau kurang. Sila sertakan bayaran caruman anda bersama-sama dengan borang yang lengkap.

    S2: Bilakah perlindungan pekerja saya berkuat kuasa?

    Perlindungan pekerja anda akan berkuat kuasa pada tarikh kami menerima borangborang yang lengkap bersama-sama dengan bayaran caruman penuh, tertakluk kepada penerimaan kami.

    S3: Bolehkah saya menukar/menaikkan taraf faedah-faedah pekerja saya?

    Ya, pertukaran/menaikkan taraf faedah boleh dilakukan pada pembaharuan dan ianya tertakluk kepada penerimaan kami.

    S4: Bolehkah pekerja saya dilindungi dalam mana-mana pelan yang saya ingin tawarkan?

    Anda dikehendaki mendaftar pekerja anda dalam kategori pekerjaan yang sama di bawah pelan yang sama. Sebagai contoh, Pelan 1 untuk kategori ‘Pengurus’, Pelan 2 untuk kategori ‘Eksekutif’ dan Pelan 3 untuk kategori ‘Lain-lain’. Ini hendaklah juga dipakai jika terdapat permintaan untuk menukar/menaik taraf manfaat mana-mana pekerja pada pembaharuan sijil.


    S5: Apakah itu Penyakit Sedia Ada?

    “PENYAKIT SEDIA ADA” bererti keilatan yang sewajarnya diketahui oleh Orang Yang Dilindungi sebelum Tarikh Kuatkuasa. Orang Yang Dilindungi dianggap mempunyai pengetahuan sewajarnya mengenai penyakit sedia ada itu sekiranya memenuhi salah satu syarat berikut:
    (a) Orang Yang Dilindungi telah menerima atau sedang menerima rawatan;
    (b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan yang telah disyorkan;
    (c) simptom-simptom ketara dan jelas atau telah terbukti; atau
    (d) kewujudannya dapat dilihat dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu.

    S6: Apakah itu Penyakit Tertentu?

    “PENYAKIT TERTENTU” bererti keilatan-keilatan berikut dan komplikasi-komplikasi berhubungan dengannya, yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari Tarikh Kuatkuasa:
    (a) Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit Kardiovaskular;
    (b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari;
    (c) Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan kerongkong;
         (d) Hernia, hemoroid, fstula, hidrosele, varikosele;
    (e) Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan wanita;
    (f) Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.

    S7: Bagaimana untuk dimasukkan ke hospital panel dengan mudah?

    Sekiranya anda dilindungi di bawah perlindungan sijil, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk menghubungi pembekal perkhidmatan yang kami lantik untuk bantuan. Sila ambil perhatian berkenaan dengan penyakit, terdapat tempoh menunggu 30 hari sebelum perlindungan pekerja anda bermula.

    S8: Adakah pekerja anda akan dilindungi di luar Malaysia?

    Ya, semua manfaat boleh diguna pakai di seluruh negara dua puluh empat (24) jam sehari. Walau bagaimanapun, jika pekerja/tanggungan memilih untuk dirawat di luar Malaysia, manfaat penghospitalan dan pembedahan yang perlu dibayar akan berdasarkan bayaran munasabah dan biasa diamalkan untuk rawatan yang setara yang dilakukan di Malaysia tidak termasuk kos pengangkutan ke tempat rawatan. Untuk PPA dan PPP pesakit luar di luar negara, manfaat yang dibayar adalah sehingga had masing-masing yang dinyatakan dalam brosur.


    Macam mana? Berminat Apply?


    Whatsapp FairuzRamli 0134555888





    Teruskan Membaca

    Cara Buat Claim Kereta Kemalangan Accident

    Cara Buat Claim Kereta Kemalangan Accident

    Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang Cara Claim Insurans jika kenderaan terbabit kemalangan atau kehilangan. Ramai orang tahu bagaimana untuk membeli INSURANS KENDERAAN tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk membuat Claim INSURANS KENDERAAN anda secara BETUL jika terbabit kemalangan atau kehilangan

    Anda mungkin seorang pemandu yang sangat cermat, kerana anda beranggapan bahawa akan menjadi remeh serta menyusahkan anda jikalau kemalangan terjadi pada anda. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau, jadi kita harus sediakan payung sebelum hujan. Tiada siapa pun yang dapat jangkakan kemalangan akan berlaku.

    cara claim kemalangan kereta
    cara claim kemalangan kereta


    Terdapat 2 Jenis Polisi Insurans Takaful kereta:

    1)  First Party – melindungi kehilangan dan kerosakan kereta, kecederaan dan kematian pihak anda serta pihak ke-3 iaitu kenderaan yang terlibat dengan anda ketika kemalangan.
    2) Third Party – seperti namanya, hanya pihak ke-3 iaitu kereta lain yang terlibat dengan kemalangan kereta anda.

    Walaubagaimanapun, anda mempunyai hak untuk melndungi cermin depan, liability penumpang serta bencana alam yang menimpa kenderaan anda, tetapi dengan tambahan wang ringgit. (bergantung pada syarikat insurans anda). Ini dinamakan rider tambahan. Bergantung kepada bajet anda. Jika ada bajet lebih, boleh ambil rider yang bersesuaian dengan situasi anda.

    Baiklah. Kita mulakan dengan situasi kemalangan. Jika kemalangan menimpa anda, pertama sekali pastikan samada terdapat kecederaan pada diri anda serta penumpang dan kenderaan lain yang terlibat. Jika ada, segera hubungi ambulans bagi rawatan lanjut.

    Elakkan bertengkar, anda bertenang dan bersabar. Ini adalah takdir. Jika anda marah sekalipun, kemalangan sudah terjadi. Kita tidak dapat untuk mengelaknya. Apa yang boleh anda lakukan ialah pastikan butir butir maklumat berikut diperolehi bagi memudahkan proses tuntutan insurans.

    1. Nombor pendaftaran kenderaan
    2. Butiran pemandu (nama, alamat, no telefon)
    3. Masa, tarikh dan tempat kemalangan Time, date and place of accident
    4. Nama pemegang polisi insurans serta nombor polisi (jika boleh) kenderaan2 yang terlibat.
    5. Butiran saksi atau orang yang tercedera (jika ada)

    Selepas itu, anda perlu pandu atau tarik (towing) kenderaan anda ke balai polis cawangan trafik yang berhampiran dan buat laporan polis, jika mengikut undang2, mesti dilakukan dalam masa 24jam. Pihak polis akan memeriksa kenderaan anda dan mengambil gambar kenderaan anda.

    Kemudian, anda hantar kenderaan anda ke bengkel yang ditauliahkan untuk membaik pulih kenderaan anda. Pihak syarikat insurans anda mempunyai senarai panel bengkel yang ditauliahkan dan anda dinasihatkan untuk menggunakan panel bengkel tersebut.

    Selepas itu, anda boleh mengisi borang tuntuan insurans (claim form). Hantarkan ke pejabat utama syarikan insurans atau mana2 cawangannya bersama dengan dokumen2 berikut dalam masa 14hari:

    Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!

    1. Laporan polis asal.
    2. Anggaran kasar jumlah baikpulih oleh panel bengkel.
    3. Salinan:
    - Polisi insurans
    - Geran kenderaan
    - Cukai jalanRoad tax
    - Kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan.
    - Kad pengenalan dan lesen memandu pemandu yang terlibat. (jika bukan pemilik)
    - Surat perjanjian sewa-beli (jika berkaitan)

    Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!

    Selepas semua dokumen diserahkan dan diproses, akan ada seorang “adjuster” iaitu wakil syarikat insurans akan menganggar jumlah yang perlu untuk membaik pulih kenderaan anda. Adjuster akan membuat laporan atas segala kerosakan serta gambar juga akan diambil. Selepas itu anda boleh mengambil surat pelepasan atau pengesahan mengenai jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans dan serahkan pada bengkel tersebut. Selepas kenderaan anda siap, surat tadi yang menyatakan bahawa kenderaan anda telah siap dan memuaskan hati, anda boleh menandatangani surat pelepasan tersebut.

    Ini merupakan langkah2 untuk menuntut insurans “own damage” dimana anda menuntut dari syarikat nsuran anda sendiri dan hanya boleh dilakukan bagi “First Party”. Tetapi, NCD atau No Claims Discount anda akan terhapus.
    NCD= Diskaun yang diberikan jika tiada tuntutan pada tahun pertama, dan bertambah diskaun jika tiada juga pada tahun berikutnya.

    Walaubagaimanapun, jika kemalangan tersebut bukan salah anda, anda boleh membuat No-Fault Own Damage Claim. Disini anda boleh menuntut dari syarikat insurans anda dan bukan kenderaan yang bersalah. Ini bagi mempercepatkan proses dan pada masa yang sama anda tidak kehilangan NCD anda.

    Tambahan dokumen Claim Kereta Kemalangan yang diperlukan:

    1. Surat pengesahan menyatakan No Fault Own Damage dengan butiran insurans pihak ketiga. Ini perlu dibuktikan juga oleh JPJ menyatakan yang sama.
    2. Siasatan polis, lakaran kemalangan dan salinan laporan polis pihak ke-3.

    Jika kenderaan anda dicuri pula, anda boleh menuntut insurans bagi kecurian. Ini hanya boleh dilakukan oleh insurans jenis First Party atau Third Party yang memilih pilihan untuk melindungi kenderaan dari dicuri atau kebakaran. Dokumen yang diperlukan adalah sama seperti Own Damage.
    Anda akan disoal siasat untuk mendapat kenyataan dari anda mengenai kecurian kenderaan anda. NCD akan terhapus juga jika anda membuat tuntutan kecurian.

    Walau anda tidak membuat apa2 tuntutan dari insuran anda sendiri atau tuntutan dari pihak ke-3, anda perlu memaklumkan pada syarikat insurans anda supaya melindungi anda dari sebarang kemungkinan yang buruk yang bakal merugikan anda dari kemalangan tersebut.

    Untuk makluman anda, tujuan saya berkongsi maklumat ini adalah untuk bersiap siaga supaya anda tidak tertipu atau sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Hal ini telah terjadi pada diri saya sendiri dan akibatnya kereta saya mengambil masa 2 bulan walhal jika diikutkan hanya mengambil masa 3-4 minggu sahaja untuk kenderaan anda siap. (jika semua dokumen lengkap)





    Teruskan Membaca

    Sijil Pemilikan Kenderaan VOC ganti Geran Kereta

    JPJ Perkenal Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) Sebagai Ganti Geran Kereta Berkuatkuasa 1 Jun 2016


    Sijil Pemilikan Kenderaan VOC
    Sijil Pemilikan Kenderaan VOC


    BERMULA 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)  memperkenalkan satu kaedah baru, Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta. Geran original (green card) masih diterima pakai bagi pemilik yang belum membuat pertukaran kepada VOC.

    Di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, VOC masih merupakan suatu perakuan pendaftaran kenderaan yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan. Bezanya, VOC bukan lagi dokumen penting untuk urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik ataupun Pindaan Maklumat.

    Ringkasnya, VOC hanya sekeping kertas A4 yang tercetak  butiran pemilik dan kenderaan serta tidak mengandungi sebarang maklumat rekod urusniaga seperti yang terdapat dalam RC. Segala semakan data hanya boleh dilakukan melalui sistem pangkalan data di mana-mana cawangan JPJ.

    Prosedur baru:

    Untuk pembaharuan cukai jalan, korang tidak perlu lagi membawa geran atau VOC. Yang penting, ingat no. plat kenderaan & no.IC pemilik kenderaan. Itu sahaja. Geran atau VOC boleh juga dibawa untuk memudahkan petugas kaunter memasukkan maklumat dalam sistem.
        
    Pemilik asal atau wakil yang datang untuk tujuan pembaharuan cukai jalan perlulah membawa IC original (wajib). Kalau pemilik itu sendiri yang datang, perlulah membawa IC (kad pengenalan sendiri) dan begitu juga sebaliknya. IC pemilik asal tidak perlu dibawa jika wakil yang datang, sebaliknya wakil itu sendiri perlu mengemukakan IC-nya. (Jangan risau, walaupun cip IC tersebut rosak, tiada masalah).
        
    Tiada lagi cetakan pada bahagian belakang geran original lama (green card), begitu juga bagi yang menggunakan VOC.
        
    Pemilik asal atau wakil yang datang perlu mengisi maklumat pada resit borang JPJ-01, pada borang tersebut juga cetakan harga / gst dll di-print.
        
    Bagi yang ingin memperbaharui cukai jalan dan insuran sekali, wajib bawa geran atau VOC kerana maklumat kenderaan diperlukan seperti no.enjin, casis dll.






    Teruskan Membaca

    Harga Cermin Kereta

    Harga Cermin Kereta

    Harga Cermin Windscreen Kereta
    Harga Cermin Windscreen Kereta


    Adakah anda sedang mencari harga cermin kereta untuk dijadikan panduan coverage windscreen kereta anda?

    Ada beberapa tips yang anda perlu tahu tentang cermin kereta (Windscreen Kereta):

    * Untuk harga tepat, sila hubungi kedai cermin kereta berhampiran tempat anda.

    Terdapat beberapa kualiti windscreen dalam market:


    1- Original daripada manufacturer (mahal)
    2- Multi layer (berkualiti dan tahan pecah/hanya retak jika hentakan kecil)
    3- Single layer (murah dan mudah pecah jika terkena hentakan)

    Berikut adalah harga anggaran windcreen kereta (multi layer) sebagai panduan anda untuk memasukkan nilai coverage Insurans kereta anda. Jika anda inginkan perbandingan untuk HARGA TERBAIK melalui tawaran insurans takaful kereta saya, tak rugi pun kalau nk compare. Duit anda, anda decide harga dan coverage terbaik. Sila <KLIK SINI>

    Harga Cermin Kereta Perodua

    – Kembara  RM600
    – Myvi  RM600
    – Kancil RM500
    – Kelisa RM600
    – Alza RM1000
    – Rusa RM1000

    Harga Cermin Kereta Proton

    – Saga RM600
    – Iswara RM500
    – Savvy  RM600
    – Wira RM600
    – Waja RM700
    – Gen2 RM600
    – Exora RM1000
    – Satria RM700
    – Perdana RM1500
    – Inspira RM1800

    Harga Cermin Kereta Honda

    – City RM1200
    – Civic  RM2000
    – CRV RM2500
    – Accord RM3000
    – Elysion  RM3000
    – Odyssey RM3000

    Harga Cermin Kereta Toyota

    – Vios RM1200
    – Avanza RM1500
    – Unser RM2000
    – Cambry RM3000
    – Innova RM2000
    – Caldina RM3000
    – Estima RM3000
    – Wish RM3000
    – Alphard RM4000
    – Harrier RM3000
    – RAV4 RM3000
    – Vellfire RM4000
    – Hilux RM3000

    Harga Cermin Kereta Naza

    – Naza Citra RM1800
    – Naza Ria RM3000

    Harga Cermin Kereta Nissan

    – Almera RM1200
    – Grand Livina RM1500
    – Teana RM3000
    – X-TRAIL RM3000
    – Sentra  RM1500
    – Latio  RM1800
    – Frontier RM3000

    Harga Cermin Kereta Mitsubitshi

    – L200 RM3000
    – Grandis  RM3000
    – Lancer RM2500
    – Airtrek RM3000

    Harga Cermin Kereta Kia

    – Optima RM3000
    – Picanto RM800
    – Spectra RM1500

    Harga Cermin Kereta Ford

    – Econovan RM1800

    Harga Cermin Kereta Chery

    – Easter RM3000

    Harga Cermin Kereta Suzuki

    – Swift RM1600
    – APV  RM2500

    Harga Cermin Kereta Kereta Mazda

    -Mazda CX5 RM3000
    -Mazda 2 RM1800
    -Mazda 6 RM3000

    Harga Cermin Kereta  Kereta Hyundai

    – i10 RM1000
    – Sonata YF RM3000
    – Santa Fe RM3000

    Harga Cermin Kereta Inokom

    – Elantra RM2600

    Harga Cermin Kereta BMW

    – 525 RM4000
    – 320 RM3000
    – 325 RM3000
    – X6 RM6000

    Harga Cermin Kereta Volvo

    – S60 RM3000
    – V40 RM3000

    Harga Cermin Kereta Mercedes Benz

    – C200 K (A) RM4000






    Teruskan Membaca

    Insurans Takaful Kereta Murah

    Insurans Takaful Kereta Murah


    Insurans Takaful Kereta Murah
    Insurans Takaful Kereta Murah

    Anda mencari cari insurans kereta termurah dan terbaik? Saya faham, sebab saya pun ada kereta juga. Dah macam macam insurans kereta yang saya guna sebelum ni. Bila saya accident, baru saya tahu apa beza Syarikat Insurans Kereta yang kita pilih.

    Sebelum ni saya setakat ada insurans kereta (buat syarat ada je) tanpa ambil berat apa apa pasal insurans kereta ni. Sebenarnya ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Saya share pengalaman supaya anda boleh berjimat dan dapatkan coverage terbaik untuk poket anda dan semestinya kereta anda.

    1- Pastikan anda pilih insurans kereta yang bagi pakej coverage yang baik seperti:

    • Perlindungan Komprehensif - Memberi perlindungan terhadap kecurian atau kerosakan kenderaan akibat perlanggaran yang tidak sengaja, terbalik, kebakaran, kerosakan hentaman dan kematian/kecederaan anggota badan pihak ketiga termasuk kehilangan atau kerosakan harta benda mereka semasa kemalangan.
    • Perlindungan Pihak Ketiga – Membayar ganti rugi bagi pihak Peserta terhadap liabiliti undang-undang yang timbul daripada kecederaan anggota badan dan kerosakan harta benda pihak ketiga.


    2- Perkhidmatan penudaan kereta percuma. Ramai pandang rendah fungsi ini. Bila kereta rosak dan tersadai tengah jalan baru anda tahu betapa pentingnya coverage tunda kereta PERCUMA. Tahukah anda, kalau anda panggil syarikat lori tunda di luar sana...kurang kurang seratus lebih kos dikenakan jika bengkel dekat dalam area 5 km dari kawasan kereta rosak. Jika jauh, lebih mahal caj dikenakan.

    3- Pilihan perlindungan tambahan (bergantung keperluan dan bajet anda). Saya cuba listkan ikut prioriti pada pendapat saya:

    • Kerosakan cermin depan windscreen.
      = Jika ada bajet lebih, lindungi cermin depan anda kerana kosnya agak tinggi hinggakan ribuan ringgit untuk kereta luar negara. 
    • Perlindungan liabiliti penumpang
      = Perlindungan ini memberi coverage tambahan sekiranya kereta anda dinaiki oleh ahli keluarga yang lain (family car). Sangat sangat membantu terutamanya ketika kemalangan.
    • Bencana Khas seperti Banjir, Angin Ribut, Hujan Lebat, Taufan, Hurikan, Letupan Gunung Berapi, Gempa Bumi, Tanah Runtuh, Gelinciran Tanah atau Penenggelaman Tanah
      = Mereka yang berada di kawasan pernah banjir besar atau kawasan banjir kilat, sangat sangat recommended.
    • Mogok, Rusuhan atau Kekecohan Awam
      = Jika anda bekerja di kawasan selalu berlaku mogok dan demonstrasi jalanraya, anda digalakkan ambil kerana biasanya kerosakan akibat tindakan tidak bertanggungjawab mereka terlibat.
    • Kemalangan Diri Motor (MPA)
      = Extra coverage untuk diri sendiri.


    Jadi apa lebihnya Insurans Takaful ni berbanding yang lain? Macam sama jer semua....Oh TIDAK...

    1- Ianya Islamik. Jangan pandang rendah islamic dan konvensional. Ada yang dengan selamba kata, insurans islamik dan konvensional ni sama. Harap berhati hati dengan bicara dan niat hati kerana islam itu indah dan tidak boleh dicampur adukkan dengan konsep konvensional.

    2- Pulangan kembali duit caruman 15% Sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan. Ok la tu...bukan burn duit anda yang macam sebelum sebelum ni anda bayar. 15% tersebut anda boleh gunakan untuk top up bajet extra coverage contohnya Windscreen atau insurans Bencana Khas, betul tak? Berjimat sambil beri coverage extra pada kos yang sama...hanya yang bijak faham nilai 15% ni.....


    Tips saya:

    1- Jangan overcoverage
    = Kalau harga market price kereta anda sekarang adalah RM50K, manakala baki loan anda adalah RM65K, JANGAN letak sum cover RM65K. Ini adalah tidak benar kerana coverage insurans adalah berpandukan Market Price semata mata dan tidak melihat langsung berapa baki loan anda. Dapatkan coverage ikut nilai market price yang betul. Sebagai panduan sila <KLIK SINI>


    2- Jangan undercoverage
    = Semak nilai market value kereta anda terlebih dahulu.

    3- Pertimbangkan Perlindungan Tambahan.
    = Jika betul betul ada masalah kewangan, ambillah perlindungan asas sahaja. Tapi kalau anda ada extra wang atau dah mula dapat pulang 15% daripada caruman tahun sebelumnya, pertimbangkan sekurang kurangnya ambil insurans windscreen. Ambil juga yang lain jika bersesuaian dengan situasi anda. Lain orang lain keperluannya.


    Jika anda berminat nak apply, whatsapp saya FairuzRamli 0134555888

    Sila Whatsapp 17 maklumat berikut:
    * Anda boleh semak daripada cover note polisi sebelum ini.
    * Pastikan maklumat tepat dan sahih sahaja



    http://takafulmalaysiaterbaik.blogspot.my
    Contoh;
    1
    Nama Penuh
    Mohd Ali bin Abu
    2
    No IC
    800815-01-5613
    3
    Pekerjaan
    Kerani
    4
    Alamat
    No.1 Lorong 14, Taman Cahaya, 25000 Kluang, Johor
    5
    No Telefon
    013-9877087
    6
    Vehicle Make :
    Honda
    7
    Year Of Make :
    2017
    8
    NVIC :
    IR613A
    9
    Variant :
    HRV
    10
    Transmission :
    4 SP AUTOMATIK
    11
    Plate:
    JHR8898
    12
    NCD:
    55%
    13
    Engine No :
    1NZZ1355118
    14
    Chassis No :
    PN153HYF005049065
    15
    Fuel Type:
    Petrol
    16
    Financed by :
    Maybank Islamic Berhad
    17
    2nd rider Name + IC
    Mohd Kassim bin Abu
    880811-06-5205

    * Alamak, saya tak tau mana nak dapat semua maklumat ni?
    Hehe saya kongsikan caranya. Whatsapp saya, saya bagi link....terbaikkkk











    Maklumat lanjut Insurans Kereta Murah:

    Skim Kenderaan Persendirian

    Skim apakah ini?

    Skim ini melindungi anda daripada liabiliti pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian, kerosakan kepada harta pihak ketiga dan kemalangan atau kerosakan akibat kebakaran atau kecurian ke atas kenderaan anda.

    Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

    Skim ini menggunakan Konsep Wakalah dan Tabarru’.
    Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.
    Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional).
    Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta.
    Sebarang lebihan daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak pengendali takaful di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful , dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil semasa.
    Jika DTA mengalami defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali mempunyai lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan.

    Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

    Skim ini melindungi:

    A. Kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda disebabkan oleh kemalangan kebakaran, kecurian atau kemalangan.

    B. Liabiliti anda dan liabiliti pemandu sah pihak ketiga bagi:

     Kecederaan tubuh badan dan kematian; dan
     Kerugian atau kerosakan harta benda 

    Manfaat pilihan yang tersedia dengan membayar sumbangan tambahan:

     Kerosakan cermin depan
     Aksesori kenderaan
     Kerosakan timbul daripada Banjir dan Tanah Runtuh
     Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
     Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang
     Liabiliti Undang-undang bagi Penumpang
     Pemandu Yang Dinamakan (bagi nama ketiga dan lebih)
     Kemalangan Peribadi Motor

    Nota:
    Adalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang Republik Singapura jika memasuki negara tersebut tanpa mempunyai perlindungan liabiliti penumpang bagi kenderaan anda.
    Tempoh perlindungan adalah untuk satu tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil anda setiap tahun.

    Berapakah jumlah sumbangan yang saya perlu bayar?

    Sumbangan yang perlu anda bayar berbeza mengikut jumlah yang dilindungi dan keupayaan padu (cc) kenderaan anda, kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD), manfaat pilihan yang dikehendaki dan syarat pengunderaitan anda.

    Contoh:
    Sumbangan kasar bagi kereta persendirian baharu dengan jumlah dilindungi RM50,000.00* dan 1500 cc
    Perlindungan komprehensif RM 1,552.50
    Kelayakan NCD – 25% RM 388.13
    Perlindungan tambahan – Cermin depan sehingga RM800.00 RM 120.00
    *Jumlah perlindungan ini adalah berasaskan kepada nilai pasaran semasa kenderaan dengan merujuk kepada pangkalan data penilaian kenderaan ISM ABI.
    Anggaran sumbangan kasar yang anda perlu bayar adalah RM2,060.63, tertakluk kepada sumbangan minimum
    RM50.00

    Apakah yuran dan caj yang saya perlu bayar?


    JENIS
    AMAUN
    Yuran Wakalah
    40% daripada sumbangan yang mana:
    - Komisen – 10%
    - Perbelanjaan Lain – 30%
    Duti Setem
    RM10.00
    Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST
    6%


    Apakah sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut saya ketahui?

    Tanggungjawab Pendedahan
    Kontrak Takaful Pengguna

    Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak membuat pernyataan yang salah dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini). Anda dikehendaki
    menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan ini dengan lengkap dan tepat. Kegagalan untuk mengambillangkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan berkenaan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak takaful anda, penolakan tuntutan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan
    takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

    Kontrak Takaful Komersial

    Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak takaful, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.
     Nilai Pasaran Kenderaan – Anda perlu memastikan supaya kenderaan anda dilindungi pada amaun yang sesuai
    iaitu nilai pasaran semasa kenderaan . Kegagalan untuk melindungi berdasarkan kepada Nilai Pasaran semasa
    kenderaan boleh mempengaruhi penjelasan tuntutan kerana “Klausa Purata” (bayaran tertakluk kepada
    purata) akan diguna pakai di mana amaun bayaran yang akan ditawarkan lebih rendah daripada amaun
    perlindungan.
     Ekses – amaun kerugian pertama yang perlu anda tanggung jika berlaku tuntutan seperti yang dinyatakan dalam
    Sijil.
     Ekses Wajib – jika kereta anda dipandu oleh seseorang yang:
     Berumur di bawah 21 tahun, atau
     Pemegang lesen “L” atau
     Pemegang lesen penuh kurang dari 2 tahun atau
     Tidak dinamakan dalam sijil anda
     Amaun kerugian yang perlu anda tanggung adalah RM400
     Tunai sebelum perlindungan – sumbangan penuh perlu dibayar kepada kami atau ejen sah yang mewakili kami
    sebelum perlindungan boleh diberikan.



    Apakah pengecualian utama bagi Skim ini?

    Skim ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
    i) Kematian atau kecederaan diri sendiri disebabkan oleh kemalangan motor
    ii) Liabiliti terhadap tuntutan oleh penumpang kenderaan anda
    iii) Kerugian daripada penggunaan kenderaan anda
    iv) Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada kejadian semula jadi seperti banjir, ribut atau tanah
    runtuh
    Nota:
    Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai pengecualian yang lengkap bagi Skim ini.


    Bolehkah saya membatalkan sijil saya?

    Ya, anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.

    Apakah yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

    Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi
    memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.



    Download Brochure <SINI>

    Berminat Apply? Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888
























    Teruskan Membaca

    Copyright © Insurans Takaful Malaysia Terbaik Designed by azhafizah.com