Medical Card Individu dan Syarikat. Insurans Kereta, Travel, Kebakaran! Whatsapp 0134555888 sekarang!

Insurans Takaful Kereta Murah

Insurans Takaful Kereta Murah


Insurans Takaful Kereta Murah
Insurans Takaful Kereta Murah

Anda mencari cari insurans kereta termurah dan terbaik? Saya faham, sebab saya pun ada kereta juga. Dah macam macam insurans kereta yang saya guna sebelum ni. Bila saya accident, baru saya tahu apa beza Syarikat Insurans Kereta yang kita pilih.

Sebelum ni saya setakat ada insurans kereta (buat syarat ada je) tanpa ambil berat apa apa pasal insurans kereta ni. Sebenarnya ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Saya share pengalaman supaya anda boleh berjimat dan dapatkan coverage terbaik untuk poket anda dan semestinya kereta anda.

1- Pastikan anda pilih insurans kereta yang bagi pakej coverage yang baik seperti:

  • Perlindungan Komprehensif - Memberi perlindungan terhadap kecurian atau kerosakan kenderaan akibat perlanggaran yang tidak sengaja, terbalik, kebakaran, kerosakan hentaman dan kematian/kecederaan anggota badan pihak ketiga termasuk kehilangan atau kerosakan harta benda mereka semasa kemalangan.
  • Perlindungan Pihak Ketiga – Membayar ganti rugi bagi pihak Peserta terhadap liabiliti undang-undang yang timbul daripada kecederaan anggota badan dan kerosakan harta benda pihak ketiga.


2- Perkhidmatan penudaan kereta percuma. Ramai pandang rendah fungsi ini. Bila kereta rosak dan tersadai tengah jalan baru anda tahu betapa pentingnya coverage tunda kereta PERCUMA. Tahukah anda, kalau anda panggil syarikat lori tunda di luar sana...kurang kurang seratus lebih kos dikenakan jika bengkel dekat dalam area 5 km dari kawasan kereta rosak. Jika jauh, lebih mahal caj dikenakan.

3- Pilihan perlindungan tambahan (bergantung keperluan dan bajet anda). Saya cuba listkan ikut prioriti pada pendapat saya:

  • Kerosakan cermin depan windscreen.
    = Jika ada bajet lebih, lindungi cermin depan anda kerana kosnya agak tinggi hinggakan ribuan ringgit untuk kereta luar negara. 
  • Perlindungan liabiliti penumpang
    = Perlindungan ini memberi coverage tambahan sekiranya kereta anda dinaiki oleh ahli keluarga yang lain (family car). Sangat sangat membantu terutamanya ketika kemalangan.
  • Bencana Khas seperti Banjir, Angin Ribut, Hujan Lebat, Taufan, Hurikan, Letupan Gunung Berapi, Gempa Bumi, Tanah Runtuh, Gelinciran Tanah atau Penenggelaman Tanah
    = Mereka yang berada di kawasan pernah banjir besar atau kawasan banjir kilat, sangat sangat recommended.
  • Mogok, Rusuhan atau Kekecohan Awam
    = Jika anda bekerja di kawasan selalu berlaku mogok dan demonstrasi jalanraya, anda digalakkan ambil kerana biasanya kerosakan akibat tindakan tidak bertanggungjawab mereka terlibat.
  • Kemalangan Diri Motor (MPA)
    = Extra coverage untuk diri sendiri.


Jadi apa lebihnya Insurans Takaful ni berbanding yang lain? Macam sama jer semua....Oh TIDAK...

1- Ianya Islamik. Jangan pandang rendah islamic dan konvensional. Ada yang dengan selamba kata, insurans islamik dan konvensional ni sama. Harap berhati hati dengan bicara dan niat hati kerana islam itu indah dan tidak boleh dicampur adukkan dengan konsep konvensional.

2- Pulangan kembali duit caruman 15% Sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan. Ok la tu...bukan burn duit anda yang macam sebelum sebelum ni anda bayar. 15% tersebut anda boleh gunakan untuk top up bajet extra coverage contohnya Windscreen atau insurans Bencana Khas, betul tak? Berjimat sambil beri coverage extra pada kos yang sama...hanya yang bijak faham nilai 15% ni.....


Tips saya:

1- Jangan overcoverage
= Kalau harga market price kereta anda sekarang adalah RM50K, manakala baki loan anda adalah RM65K, JANGAN letak sum cover RM65K. Ini adalah tidak benar kerana coverage insurans adalah berpandukan Market Price semata mata dan tidak melihat langsung berapa baki loan anda. Dapatkan coverage ikut nilai market price yang betul. Sebagai panduan sila <KLIK SINI>


2- Jangan undercoverage
= Semak nilai market value kereta anda terlebih dahulu.

3- Pertimbangkan Perlindungan Tambahan.
= Jika betul betul ada masalah kewangan, ambillah perlindungan asas sahaja. Tapi kalau anda ada extra wang atau dah mula dapat pulang 15% daripada caruman tahun sebelumnya, pertimbangkan sekurang kurangnya ambil insurans windscreen. Ambil juga yang lain jika bersesuaian dengan situasi anda. Lain orang lain keperluannya.


Jika anda berminat nak apply, whatsapp saya FairuzRamli 0134555888

Sila Whatsapp 17 maklumat berikut:
* Anda boleh semak daripada cover note polisi sebelum ini.
* Pastikan maklumat tepat dan sahih sahaja



http://takafulmalaysiaterbaik.blogspot.my
Contoh;
1
Nama Penuh
Mohd Ali bin Abu
2
No IC
800815-01-5613
3
Pekerjaan
Kerani
4
Alamat
No.1 Lorong 14, Taman Cahaya, 25000 Kluang, Johor
5
No Telefon
013-9877087
6
Vehicle Make :
Honda
7
Year Of Make :
2017
8
NVIC :
IR613A
9
Variant :
HRV
10
Transmission :
4 SP AUTOMATIK
11
Plate:
JHR8898
12
NCD:
55%
13
Engine No :
1NZZ1355118
14
Chassis No :
PN153HYF005049065
15
Fuel Type:
Petrol
16
Financed by :
Maybank Islamic Berhad
17
2nd rider Name + IC
Mohd Kassim bin Abu
880811-06-5205

* Alamak, saya tak tau mana nak dapat semua maklumat ni?
Hehe saya kongsikan caranya. Whatsapp saya, saya bagi link....terbaikkkk











Maklumat lanjut Insurans Kereta Murah:

Skim Kenderaan Persendirian

Skim apakah ini?

Skim ini melindungi anda daripada liabiliti pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian, kerosakan kepada harta pihak ketiga dan kemalangan atau kerosakan akibat kebakaran atau kecurian ke atas kenderaan anda.

Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

Skim ini menggunakan Konsep Wakalah dan Tabarru’.
Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.
Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional).
Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta.
Sebarang lebihan daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak pengendali takaful di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful , dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil semasa.
Jika DTA mengalami defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali mempunyai lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan.

Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

Skim ini melindungi:

A. Kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda disebabkan oleh kemalangan kebakaran, kecurian atau kemalangan.

B. Liabiliti anda dan liabiliti pemandu sah pihak ketiga bagi:

 Kecederaan tubuh badan dan kematian; dan
 Kerugian atau kerosakan harta benda 

Manfaat pilihan yang tersedia dengan membayar sumbangan tambahan:

 Kerosakan cermin depan
 Aksesori kenderaan
 Kerosakan timbul daripada Banjir dan Tanah Runtuh
 Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
 Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang
 Liabiliti Undang-undang bagi Penumpang
 Pemandu Yang Dinamakan (bagi nama ketiga dan lebih)
 Kemalangan Peribadi Motor

Nota:
Adalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang Republik Singapura jika memasuki negara tersebut tanpa mempunyai perlindungan liabiliti penumpang bagi kenderaan anda.
Tempoh perlindungan adalah untuk satu tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil anda setiap tahun.

Berapakah jumlah sumbangan yang saya perlu bayar?

Sumbangan yang perlu anda bayar berbeza mengikut jumlah yang dilindungi dan keupayaan padu (cc) kenderaan anda, kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD), manfaat pilihan yang dikehendaki dan syarat pengunderaitan anda.

Contoh:
Sumbangan kasar bagi kereta persendirian baharu dengan jumlah dilindungi RM50,000.00* dan 1500 cc
Perlindungan komprehensif RM 1,552.50
Kelayakan NCD – 25% RM 388.13
Perlindungan tambahan – Cermin depan sehingga RM800.00 RM 120.00
*Jumlah perlindungan ini adalah berasaskan kepada nilai pasaran semasa kenderaan dengan merujuk kepada pangkalan data penilaian kenderaan ISM ABI.
Anggaran sumbangan kasar yang anda perlu bayar adalah RM2,060.63, tertakluk kepada sumbangan minimum
RM50.00

Apakah yuran dan caj yang saya perlu bayar?


JENIS
AMAUN
Yuran Wakalah
40% daripada sumbangan yang mana:
- Komisen – 10%
- Perbelanjaan Lain – 30%
Duti Setem
RM10.00
Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST
6%


Apakah sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut saya ketahui?

Tanggungjawab Pendedahan
Kontrak Takaful Pengguna

Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak membuat pernyataan yang salah dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini). Anda dikehendaki
menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan ini dengan lengkap dan tepat. Kegagalan untuk mengambillangkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan berkenaan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak takaful anda, penolakan tuntutan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan
takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

Kontrak Takaful Komersial

Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak takaful, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.
 Nilai Pasaran Kenderaan – Anda perlu memastikan supaya kenderaan anda dilindungi pada amaun yang sesuai
iaitu nilai pasaran semasa kenderaan . Kegagalan untuk melindungi berdasarkan kepada Nilai Pasaran semasa
kenderaan boleh mempengaruhi penjelasan tuntutan kerana “Klausa Purata” (bayaran tertakluk kepada
purata) akan diguna pakai di mana amaun bayaran yang akan ditawarkan lebih rendah daripada amaun
perlindungan.
 Ekses – amaun kerugian pertama yang perlu anda tanggung jika berlaku tuntutan seperti yang dinyatakan dalam
Sijil.
 Ekses Wajib – jika kereta anda dipandu oleh seseorang yang:
 Berumur di bawah 21 tahun, atau
 Pemegang lesen “L” atau
 Pemegang lesen penuh kurang dari 2 tahun atau
 Tidak dinamakan dalam sijil anda
 Amaun kerugian yang perlu anda tanggung adalah RM400
 Tunai sebelum perlindungan – sumbangan penuh perlu dibayar kepada kami atau ejen sah yang mewakili kami
sebelum perlindungan boleh diberikan.



Apakah pengecualian utama bagi Skim ini?

Skim ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
i) Kematian atau kecederaan diri sendiri disebabkan oleh kemalangan motor
ii) Liabiliti terhadap tuntutan oleh penumpang kenderaan anda
iii) Kerugian daripada penggunaan kenderaan anda
iv) Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada kejadian semula jadi seperti banjir, ribut atau tanah
runtuh
Nota:
Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai pengecualian yang lengkap bagi Skim ini.


Bolehkah saya membatalkan sijil saya?

Ya, anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.

Apakah yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi
memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.



Download Brochure <SINI>

Berminat Apply? Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888
























Copyright © Insurans Takaful Malaysia Terbaik Designed by azhafizah.com